Wikipedia

Search results

Wednesday 23 March 2016

PENGHARGAAN

Kumpulan kami telah mendapat tugasan yang bertajuk “5 Prinsip Syariah” .Pengertian syariah dari segi bahasa ialah jalan ke arah sumber air atau jalan yang lurus. Dari segi istilah pula ianya merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.Dimana tujuan dari syariah ini adalah untuk kebaikan dan permaslahatan dalam kehidupan  berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.


  Ini jelas menunjukkan bahawa perlunya berpandukan syariah dalam menyelamatkan permasalahan yang berlaku pada umat akhir zaman ini.Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

PENGERTIAN KEPADA SYARIAH

PENGERTIAN/DEFINISI SYARIAH

Dari sudut Bahasa:  Jalan ke arah sumber air atau jalan yang lurus.

Dari sudut Istilah: Merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.

Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat yang sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. "Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat".
Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN



5 PRINSIP SYARIAH 

i. Rabbaniah       =    [Ketuhanan]
ii. Wasatiah        =    [Keserdahanaan]
iii. Tawazun       =    [Keseimbangan]
iv. Mizan            =    [Kesetaraan]
v. Mutlak&Murunah  =  [Tetap&Anjal]

I .   RABBANIAH

Syariah islam adalah dicipta dan disusun oleh ALLAH SWT . Segala kandungannya yang meliputi aspek akidah, ibadah dan muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia . Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah didalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan ALLAH SWT. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjuruskan kepada pengabdian diri kepada ALLAH SWT dan menginsafi keagungan-Nya . Para saintis, jurutera dan semua manusia dan hamba tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran semua.
  

II.  WASATIAH
Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak esktrem kepada yang berlebihan atau berkurangan . Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardhu hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit . Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.


III. TAWAZUN
Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara            keperluan manusia di dunia dan akhirat.
Contohnya : mencari rezeki.
 Tujuan : Bagi menyara hidup diri dan keluarga.
 Kaedah Seimbang :-
·         Rezeki tersebut hendaklah dicari dengan cara yang halal dan baik.
·         Dilaksanakan secara paling terbaik.
        Impak :-
    •          Dapat gaji.
    •          Dapat pahala.
    •          Pengurusan kerja dihargai.


IV. MIZAN
Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara . Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanankan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat. Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar penyelidikan dan pembangunan mematuhi hukum hakam yang ditetapkan . Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkan item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
   


5. MUTLAK & MURUNAH
Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman arak. Pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan yang syar'i untuk menggunakannya. Contoh :-
·  Arak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada  pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya.

·   Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan


SUMBER RUJUKAN


  1. http://www.slideshare.net/normurnimohamad/prinsip-syariah-dan-etika-islam-dalam-sains-teknologi
  2. https://prezi.com/e07_2kxwaiwh/peranan-dan-kepentingan-sains-teknologi-dalam-islam
  3. Buku Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam 

KESIMPULAN

Syariah Islam adalah peraturan atau hukum-hukum agama yang diwahyukan kepada nabi besar Muhammad SAW, yaitu berupa kitab suci Al-Qur’an, sunnah atau hadist nabi. Syariah Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Syariah Islam memberikan tuntunan hidup khususnya pada umat Islam dan umumnya pada seluruh umat manusia untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat dan juga dapat terus menerus memberikan dasar spiritual bagi umat Islam dalam menyongsong setiap perubahan yang terjadi di masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Jadi sebaiknya kita sebagai umat islam dapat menerapkannya didalam kehidupan sehari-hari.